Siapa Saya?
Saya Chieng Siew Mee, kini pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains dalam jurusan Sains Kognitif dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam tempoh 2013-2015. Tajuk project tahun akhir saya ialah "Using Web 2.0 tools for learning the history of formation of Malaysia ". Secara ringkasnya, project tahun akhir saya adalah mencipta laman web ini yang mengandungi maklumat dan soalan atau aktiviti yang berkaitan dengan sejarah pembentukan Malaysia. Soalan atau aktiviti ini dicipta dengan menggunakan alat web 2.0. Saya boleh dihubungi dengan melalui e-mail iaitu [email protected].
Kenali laman Web
Laman web ini hanya focus terhadap faktor pembentukan Malaysia yang merupakan subtopic dalam Bab 13 Pembentukan Malaysia bagi mata pelajaran Sejarah Malaysia. Laman web ini menggunakan buku "Longman Teks Pra-U STPM Sejarah Malaysia" dan "Teks suplemen STPM Sejarah kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur"sebagai bahan rujukan untuk membina web ini. Laman web ini boleh digunakan oleh pelajar Tingkatan 6 yang mengambil subjek Sejarah dalam peperiksaan STPM sebagai rujukan. Laman web ini dapat membantu pelajar meningkatan pemahaman dalam mata pelajaran Sejarah agar dapat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Laman web ini telah menyediakan beberapa aktiviti untuk pelajar dalam pembelajaran. Aktiviti tersebut dicipta oleh alat web 2.0 seperti “Curriculet”, “AnswerGarden”, “Coggle”,"Text2MindMap","Spiderscribe.net","Gliffy", dan “Padlet”. Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah seperti objektif, subjektif, tulis kata-kata kunci, peta minda dan perbincangan. Gambar-gambar yang berkaitan dengan pembentukan Malaysia turut disediakan
Diharapkan pelajar akan dapat memanfaatkan bahan-bahan dalam laman web ini, bukan sahaja untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan kelak malah untuk meluaskan pengetahuan serta membina pemikiran yang terbuka.
Rujukan
Shuid, M., Osman, S., & Othman, S. (2010). Longman Teks Pra-U STPM Sejarah Malaysia. Selangor, Malaysia: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ratnam, K. (2006). Teks Suplemen STPM Sejarah kertaas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Subang Jaya, Malaysia: Pustaka Sarjana.
Astro Awani Network Sdn. Bhd. (2014). Astro Awani. Retrieved from http://m.www.astroawani.com/